Bukan Rezeki Nora Ariffin Untuk Ke Final, Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV3

Gegar Vaganza minggu 7 separuh akhir yang berlangsung malam tadi tidak keterlaluan jika kami katakan antara yang paling best dan sengit.

Mana tidaknya cuma berbaki 1 konsert saja lagi untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 jadi kesemua peserta membuat persembahan dengan begitu baik sekali.


Di konsert ini kesemua peserta mendendangkan 2 buah lagu yang salah 1 darinya adalah duet bersama artis.

Namun nasib tidak menyebelahi Nora apabila beliau terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ini apabila tersingkir di konsert minggu 7 separuh akhir.

Nora menyampaikan 2 buah lagu, Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain) duet Aizat Amdan dan lagu medley Sandiwara (Nora) & All I Ask (Adele).


Ada sumber mengatakan emosi Nora terganggu dan ianya mungkin disebabkan kritikan netizen yang mengecam Nora pada minggu lepas yang mana Nora mendapat lagu sendiri.

Apapun persembahan Nora malam tadi pada kami terbaik sekalipun tersingkir. Mungkin tiada rezeki Nora untuk Gegar Vaganza kali ini.

Kelab Peminat Paling Menyengat minggu ini dimenangi oleh G-mie! Tahniah G-mie!


Dan untuk makluman semua, di konsert akhir Gegar Vaganza nanti, peserta akan menyampaikan 2 buah lagu.

Senarai lagu untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 :

Azharina:
Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla)
Izinkanlah (Nike Ardilla)

Zarul:
Gerhana (Kembara)
Dendangkan Laguku (Carefree)

Siti Sarah
I Will Always Love You (Dolly Parton)
Matahariku (Agnes Monica)

Intan Sarafina
Sedetik Lebih (Anuar Zain)
Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)

Ameng
Bourgenvilla (Spring)
Romantis (Spring)

G-Mie
Bila Bulan Bewarna Biru (Arab & Aidit)
Salam Terakhir (Sudirman)

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Bukan Rezeki Nora Ariffin Untuk Ke Final, Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV3, dalam kategori Hiburan. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Bukan Rezeki Nora Ariffin Untuk Ke Final, Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV3 Bukan Rezeki Nora Ariffin Untuk Ke Final, Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV3 Reviewed by Sheriff Dol on November 27, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.