Tips Percutian Menarik Jika Anda Ke Rio De Janeiro, Brazil


Kebelakangan ini percutian ke luar negara menjadi pilihan rakyat Malaysia. Walaupun menelan belanja yang agak tinggi, tetapi ia bukanlah satu halangan untuk rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke serata dunia.

Jika dahulu hanya destinasi seperti Jepun, Korea, Australia, Europe menjadi pilihan. Tetapi kini dunia ibarat tiada sempadan. Rakyat Malaysia bebas ke mana sahaja mengikut kehendak dan kemampuan sendiri. Terkini Rio de Janeiro, Brazil juga menjadi pilihan.

Berikut beberapa tips berguna yang ditulis Ir Haji Zainuddin bin Haji Omar untuk rujukan semua jika memilih untuk melancong ke sana.

1. Penduduk Rio sangat baik dan suka membantu tourist walaupun mereka tidak mahir berbahasa Inggeris.

2. Setiap trip bas berharga R$3.8 (Rm5), dan ‘route’ bas melalui semua kawasan pelancongan. Kita hanya perlu memberitahu kepada pemandu bas tempat yang nak dituju.

3. Metro di Rio tidaklah selengkap saperti bandar bandar Eropah.

4. Kawasan hotel paling mahal dan selamat adalah di pantai Copa Cabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

5. Selama berada di Rio masih rasa selamat asalkan tidak berjalan waktu malam terutamanya di Downtown.

6. Polis ramai kelihatan di tempat tempat tarikan pelancong. Jika anda hanya ada sehari di Rio, elok menggunakan bas sightseeing dengan harga RM100 yang membuat perjalanan loop di sekitar Rio. Anda boleh naik turun bas selama sehari ditempat-tempat yang ditetapkan.

7. Orang tempatan menasihatkan agar tidak ke kawasan Favela (slum) kerana tidak selamat dan kejadian tembak menembak berlaku setiap hari di Favela. Orang Rio sendiri tidak berani ke Favela. Adalah lebih baik menjauhkan diri dari kawasan ini.

8. Pantai paling popular adalah Copacabana dan Ipanema.

9. Rio Carnival adalah pada bulan Februari selama seminggu dan harga hotel dan pengangkutan akan meningkat tiga kali ganda. Seramai 3 juta pelancong mengunjungi Rio Carnival setiap tahun di Copacabana.

10. Bawa buku terjemahan English-Portuguese untuk memudahkan perjalanan kerana tidak ramai orang Brazil boleh berbahasa Inggeris.

11. Internet data mahal di Brazil. Misalnya, Vivo menjual 600MB data dengan harga Rm55.

12. Cuaca pada bulan September dan October (spring) sangat nyaman. Suhu hanyalah sekitar 18’C-24’C.

13. Shopping murahan adalah di Downtown Rio dan Bara Shopping Mall adalah komplek membeli belah terbesar di Latin Amerika.

14. Taraf hidup Brazil adalah seperti di Malaysia dan harga barangan adalah hampir sama seperti di Malaysia.

15. Pusat pelancongan yang wajib dilawati adalah di Cristo Redemeer kerana pemandangan Rio yang cantik dari atas bukit (entrance fee Rm100), Sugar Loaf Mountain (entrance fee Rm100), Copacabana, Ipanema beach dan stadium Maracana.

16. Makanan halal sangat susah didapati di Rio tetapi ada restoren vegan.

17. Teksi adalah bermeter dan kadarnya adalah seperti di Malaysia.

18. Amaran penyakit Zika memang ada merata di Rio tetapi ia seakan tidak diendahkan oleh mereka. Selama beberapa hari di Rio, saya tidak nampak langsung seekor nyamuk pun.

19. Bandar Petropolis hanya 100km dari Rio dan merupakan pusat peranginan untuk penduduk Rio kerana cuaca yang dingin.

20. Bintang bolasepak Brazil, dulu dan sekarang ramai yang tinggal di Rio dan mereka selalu kelihatan di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

21. Rio de Janeiro dan Sao Paulo adalah kawasan paling moden dan terkaya di Brazil berbanding kawasan lain.


Persoalannya,
Adakah anda perlu melawat Rio de Janeiro?

Ya, hanya untuk sekali seumur hidup.
Semoga tips yang di berikan Ir Haji Zainuddin bin Haji Omar bermanfaat untuk semua.

Selamat bercuti!

Sumber : Ifarhahs

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Tips Percutian Menarik Jika Anda Ke Rio De Janeiro, Brazil, dalam kategori Travel. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Tips Percutian Menarik Jika Anda Ke Rio De Janeiro, Brazil Tips Percutian Menarik Jika Anda Ke Rio De Janeiro, Brazil Reviewed by Sheriff Dol on October 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.