Tips Mudah Seni Bela Diri Apabila Berada Dalam Situasi Cemas


Sehari dua ini media kita digemparkan dengan serangan melibatkan senjata terutama Pedang dan Parang hingga ada yang mengakibatkan kematian seperti kes yang berlaku tempohari. Justeru itu pentingnya ilmu seni bela diri.

Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menentang seteru atau melindungi keselamatan diri serta keluarga.

Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak. Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.

Dalam falsafah seni beladiri Asia Timur, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan “The 3 Evils of Martial Art” iaitu:

1) Takut
2) Was-was
3) Keliru

Justeru itu dibawah ini saya kongsikan tips mudah ilmu seni bela diri amnya apabila kita berhadapan dengan musuh yang menggunakan senjata.

1. Jangan panik dan sentiasa dalam keadaan terkawal. Jika Anda memang mudah mengalami perasaan panik, maka Anda harus segera mengatasinya. Salah satu caranya ialah mengawal pernafasan. Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.

2. Jika kita terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang bersenjata seperti parang, pedang atau pisau maka ilmu mengukur jarak.Cara mengukur jarak ini penting untuk mengelakkan serangan secara mengejut. Undur 3 langkah kebelakang sekiranya musuh telah mengeluarkan senjatanya. Selain itu juga kita dapat memanjangkan masa untuk mendaptkan bantuan.

3. Cari kelemahan musuh dan gunakan ia bagi mempertahankan diri. Selalunya musuh ini akan dalam keadaan marah dan angkuh. Jika terus melakukan provokasi ianya akan memberikan tindak balas berbeza. Selalunya di dalam kebanyakan kes , titik kelemahan musuh yang kita kenali ialah dengan mengembalikan ingatan asal musuh dengan kita.Kenangan manis bersama atau pun jasa yang pernah kita hulurkankepada musuh. Sekiranya gagal, gunakan sentuhan fizikal untuk melemahkan musuh, antaranya ialah serangan keatas bawah perut dan leher.

4. Cari ruang dan tempat yang sempit mengelakkan serangan secara beramai-ramai. Situasi pergaduhan atau pergelutan memang sukar dijangkan dan kita hendaklah sentiasa bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan samada musuh itu berseorangan ataupun berkumpulan. Jika seseorang datang kearah anda, silangkan tangan anda dihadapan dan rapatkan ke badan dan jerit supaya individu itu berhenti atau berundur. Menurut kajian tersebut, mereka akan meninggalkan mangsa seandainya mereka menjerit dan menunjukkan mereka tidak takut untuk melawan balik.

5. Gunakan apa-apa barang disekeliling yang boleh dijadikan senjata melawan musuh. Dalam keadaan musuh menyerang kita perlulah menangkis serangan bagi mengelakkan dari terkena tumbukan atau tendangan dari musuh. Serangan musuh ditepis atau ditangkis bagi menyelamatkan anggota badan dari ditumbuk atau ditendang dan seterusnya memudahkan langkah kita untuk menyerang balas musuh tadi. Serang yang menggunakan tangan kosong atau tangan bersenjata boleh ditangkis dengan tangan atau kaki dimana tangan ditepis sebelah sebelah luar atau dalam supaya tumbukan tidak mengenai sasaran. Manakala jika menggunakan kaki sebagai teknik tangkisan, kaki perlu diangkat lebig tinggi dan menendang secara menyerong bagi mengalihkan tangan musuh ke sasaran.Tetapi persoalannya sekiranya musuh menggunakan Parang, pastikan ada objek sekeliling yang lebih tahan berbanding Parang.Sebagai contoh, kerusi atau meja yang ada di sekeliling.

6. Pastikan anda menyambut, mengelak atau menepis dengan tepat, betul dan kemas apabila mematahkan serangan lawan. Dalam ilmu seni beladiri terdapat teknik beladiri yang pertama perlu dipelajari adalah teknik menunggu serangan dimana setiap jenis dan aliran mempunyai cara menunggu serangan yang berbeza. Daripada teknik menunggu serangan yang ada hanya 2 jenis atau teknik yang saya boleh kategori iaitu teknik menunggu serangan dengan cara berdiri lurus dan teknik menunggu serangan dengan berkuda-kuda.

7. Lari mendapatkan bantuan. Kebanyakan kes melibatkan kematian ialah apabila ego musuh bertemu ego kita. Seperti dalam filem Kami lakonan arwah Sudirman , ada babak dimana Tokoo berpesan kepada Din, ‘ no satu sekali, kita lawan kalau kita rasa kita boleh menang.”sekiranya kita rasa tidak boleh menang, kita perlulah mendapatkan bantuan. Cara mendaptakan bantuan ialah berlari dengan menjerit sekuat hati. Ini dapat menarik perhatian orang ramai dan pihak berkuasa.

Inilah serba sedikit penerangan mengenai teknik beladiri serangan daripada pihak lawan ataupun musuh yang menyerang menggunakan senjata.

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Tips Mudah Seni Bela Diri Apabila Berada Dalam Situasi Cemas, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Tips Mudah Seni Bela Diri Apabila Berada Dalam Situasi Cemas Tips Mudah Seni Bela Diri Apabila Berada Dalam Situasi Cemas Reviewed by Sheriff Dol on October 24, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.