Sebab Kenapa Banyak Kereta Mewah Terbiar Di UAE


Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah sebuah negara kaya yang terletak di Timur Tengah. Hampir suku daripada pendapatan negara itu berasaskan minyak dan gas, di mana menjadikan UAE negara ketiga terbesar pengeluar minyak di teluk selepas Arab Saudi dan Iran.

Bermula sebagai negara berwilayah kecil, kini UAE ibarat syurga buat orang-orang kaya. Malahan negara itu menjadi pilihan pengarah-pengarah antarabangsa sebagai lokasi penggambaran yang melambangkan kekayaan hero atau orang jahat yang sangatlah tak terduga.

Kiranya kalau duit kertas dekat UAE, dah macam sticky note je tampal dekat peti ais. Kaya habis!

Sehinggakan kereta mewah pun boleh terbiar begitu sahaja di sana.






Gambar di atas adalah satu suasana biasa di lapangan terbang di UAE. Kereta-kereta mewah terbiar bagaikan hati yang sepi ditinggal kekasih hanya menunggu hancur di mamah usia dan masa.


Tapi mengapa? Adakah rakyat UAE begitu kaya sampaikan kereta mewah begini terbiar ibarat tukun? Dibiarkan jadi macam Kancil 660 je kalau dekat Malaysia.

Tak sayang kereta ke? Dekat Malaysia, kalau tercalar sikit pun, mahu naik turun mahkamah 8 kali. Tapi mereka?


Sebabnya?

Sebenarnya, di UAE, mereka mengamalkan undang-undang Syariah termasuklah ke atas konsep berhutang. Oleh yang demikian, mereka yang membeli kereta secara hutang, secara kredit, secara tak langsung tertakluk kepada undang-undang Syariah.

Undang-undang Syariah di UAE mensyaratkan, barang siapa gagal melunaskan hutang, mereka dianggap penjenayah dan perlulah meringkuk dalam penjara sebagai hukuman penjenayah! Nak sangat hidup mewah kan?

Oleh sebab pembeli-pembeli takut untuk jadi penghuni hotel besi, rumah tahanan, sarang banduan atau apa sahaja persamaan dengan penjara, maka mereka bertindak melarikan diri ke luar negara dengan meninggalkan kereta mereka di lot parkir lapangan kapal terbang. Sebab itulah tiada yang kembali menuntut kereta-kereta mewah tersebut, berbulan malah ada yang bertahun.


Malahan ada sekali, sebuah jentera berjenama Ferrari Enzo Limited Edition bernilai lebih $1 Juta ditemui terbiar bagaikan kucing tidak bertuan, dipercayai ditinggalkan seorang lelaki British. Ferrari model ini hanyalah dikeluarkan sebanyak 400 unit dan salah satunya terbiar di sini. Oh tidak!

Setiap kali polis menemui kereta yang terbiar, mereka akan mengeluarkan notis 15 hari untuk menuntut semula kereta tersebut. Jika gagal berbuat demikian, kereta akan disita.





Malangnya tiada siapa akan menuntut. Nak masuk penjara?

Langkah terakhir, pihak polis cuma akan lelong kereta-kereta mewah tersebut, atau melupuskan di pusat pelupusan kereta. Habis.

Apa yang memilukan (bagi kita rakyat Malaysia, mungkin) angka kereta mewah terbiar di UAE tidak menyusut. Gaya hidup mewah yang melebih-lebih, mempengaruhi faktor ini. Malah dilaporkan, 3000 unit kereta mewah akan disita setiap tahun kerana tiada siapa yang kembali untuk menuntut.

Ngeri bukan?

Jadi, teringin hidup di UAE dan bergaya hidup mewah, bermandi emas dan dilimpahi aset nilai berjuta? Atau terus bersyukur walau apapun jentera yang dipandu anda? Meskipun tingkap sering rosak?

Sumber : S.Eizwan

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Sebab Kenapa Banyak Kereta Mewah Terbiar Di UAE, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Sebab Kenapa Banyak Kereta Mewah Terbiar Di UAE Sebab Kenapa Banyak Kereta Mewah Terbiar Di UAE Reviewed by Sheriff Dol on October 23, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.