Raja Thai: Misteri Kematian Kepada Kematian Yang Misteri!


Beberapa hari yang lepas, kita dikejutkan dengan  berita Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, iaitu pemerintah monarki tertua dunia, mangkat semalam pada usia 88 tahun.

Walaubagaimanapun, yang menjadi misteri ialah punca kematian tidak didedahkan kepada umum. Menyorot kembali disaat pertabalan beliau sebagai Raja Thai pada tahun 1946, terdapat beberapa perkara misteri dan masih kekal hingga ke hari ini.

Misteri tersebut iaitu kematian kekanda beliau iaitu Raja Ananda Mahidol. Ananda Mahidol adalah abang kepada Bhumibol Adulyadej.

Ananda Mahidol menjadi raja Thailand ketika berusia sembilan tahun dan pada ketika itu dunia sedang dilanda permulaan Perang Dunia ke II.


Ananda telah dilahirkan pada bulan September 1925 dan Bhumibol pada Disember 1927. Pada bulan November 1925, Raja Vajiravudh, Rama VI, meninggal dunia berusia 44 tahun itu dengan tidak meninggalkan waris lelaki.

Pada tahun 1946, Raja Thailand Ananda Mahidol ditemui mati di atas katil dengan lubang peluru di kepala. Kes kematian Raja ini adalah antara misteri terbesar abad ke-20. Ada pendapat pakar jenayah yang memberi teori kes kematian Ananda Mahidol  merupakan skandal pembunuhan Keluarga di raja Thailand.

Hal ini kerana 20 minit sebelum terdengar suara tembakan dari Bilik Ananda, Bhumibol dilihat masuk ke bilik abangnya. Bhumibol pada ketika itu berusia 19 tahun sewaktu kejadian itu berlaku. Pada pagi 9 Jun, 1946, Ananda Mahidol berusia 20 tahun, Raja Rama VIII Siam, ditembak melalui kepala dan dibunuh di bilik tidurnya di bangunan Barompiman Hall di kompleks Istana Besar di Bangkok.

Ada empat kemungkinan telah dirumuskan oleh pakar-pakar jenayah dan sejarah berkaitan kes tersebut:

1. Ananda telah membunuh diri : Namun ianya satu kenyataan yang sukar kerana Ananda yang memiliki ijazah perubatan tidak mempunya sbearang masalah atau tanda-tanda tekanan sebelum kejadian.

2. Ananda telah ditembak ddan dibunuh oleh saudaranya sendiri Bhumibol.

3. Ada suatu skandal pembunuhan yang telah dirancang secara rapi.

4. Stuatu kemalangan yang tidak disengaja.

Secara rasmi, pembunuhan itu digambarkan sebagai misteri, dan ia dilihat sebagai sebuah jenayah paling misteri di dunia bagi abad yang lalu.  Dalam masa beberapa minit kematian Ananda, tempat kejadian itu telah dilihat sengaja diganggu untuk menyembunyikan bukti apa yang sebenarnya berlaku.

Orang-orang yang berada di dalam Dewan Barompiman pagi yang tidak pernah mendedahkan kepada umum mengenai perkara yang berlaku, dan hanya seorang saksi sahaja yang masih hidup namun telah pergi semalam iaitu Bhumibol sendiri.

Sumber : Ammarhay

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Raja Thai: Misteri Kematian Kepada Kematian Yang Misteri!, dalam kategori Dunia. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Raja Thai: Misteri Kematian Kepada Kematian Yang Misteri! Raja Thai: Misteri Kematian Kepada Kematian Yang Misteri! Reviewed by Sheriff Dol on October 21, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.