Kepentingan Typhoid: ​​Buat Semua Peniaga Makanan Tidak Kira Anak Dara, Janda, Teruna Mahupun Duda


Baru-baru ini kisah Nasi Lemak dengan status perkahwinan telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Ramai yang memuji dengan sikap terpuji peniaga kecil yang menjadi contoh kepada generasi anak muda dalam membantu keluarga dan ekonomi kendiri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua.

Maafkan saya jika bertanya. Sudahkah anda semua menyertai kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan Anti-Typhoid? Jika sudah, tahniah saya ucapkan. Jika belum, saya harap anda semua dapat melakukannya dengan segera.

Tahukah anda, kursus pengendalian makanan dapat membantu dari segi kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan dan suntikan Anti-Typhoid merupakan vaksin atau pelalian bagi mengelakkan tersebarnya penyakit kepada pelanggan.

Mari saya ceritakan serba sedikit  kepada anda berkaitan penyakit Typhoid ini.


Demam Typhoid atau lebih dikenali sebagai Demam Kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii.

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Menurut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%. Bahaya kan?

Sehingga kini terdapat 2 jenis vaksin Anti-Typhoid yang boleh didapati di mana-mana klinik swasta di Malaysia (klinik kerajaan sudah tidak menyediakan lagi perkhidmatan vaksin ini).

1. Vaksin Typhoid Jenis Pil

Vaksin hidup yang dilemahkan (attenuated live vaccine)
Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. 3 kapsul akan duberikan untuk dimakan pada hari ke 1, 3 dan 5.

Vaksin ini hanya diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 6 tahun ke atas. Imunisasi ini diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

2. Vaksin Typhoid Jenis Suntikan

Atau istilah sainsnya Vaksin  Polysaccharide. Vaksin ini disuntikkan di lengan atau paha dan diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas. Imunisasi ini diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Peringatan buat perempuan yang mengandung. Jangan mengada ngada nak makan vaksin hidup dalam bentuk kapsul tu. Apa-apa jenis vaksin hidup ni tak kira la typhoid ke polio ke tak boleh diambil oleh wanita mengandung. Jadi kalau anda yang merupakan pengendali makanan dan juga mengandung, maka anda perlulah mengambil vaksin jenis suntikan.


Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung wajib berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Akta Makanan 1983 Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

AKTA MAKANAN 1983

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:

Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.

(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—

(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;

(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan

(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


Semua peraturan yang telah di tetapkan perlu dipatuhi dan juga kehendak lain yang berhubungan dengan pengendali makanan seperti apron, topi dan kasut.

Sampaikan mesej ini kepada semua. Sekian terima kasih.

“Saya nak bersih dan saya nak sihat”

Sumber : Bang Jamil

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Kepentingan Typhoid: ​​Buat Semua Peniaga Makanan Tidak Kira Anak Dara, Janda, Teruna Mahupun Duda, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Kepentingan Typhoid: ​​Buat Semua Peniaga Makanan Tidak Kira Anak Dara, Janda, Teruna Mahupun Duda Kepentingan Typhoid: ​​Buat Semua Peniaga Makanan Tidak Kira Anak Dara, Janda, Teruna Mahupun Duda Reviewed by Sheriff Dol on October 23, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.