Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia?


Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun.

Ini adalah salah satu sistem pemerintahan yang unik di dunia. Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15. Antara isu yang menjadi perbicangan hangat adalah "Adakah seorang sultan boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia jika tidak mempunyai permaisuri?".

Ramai menjawab tidak sedangkan itu bukanlah perkara sebenar. Inilah retorik cerita bualan rakyat Malaysia setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Retorik yang sering diceritakan secara turun temurun mungkin.

Berikut adalah beberapa perkara asas berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:-

  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
  • Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”;
  • Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
  • Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.


Menurut  Jadual Ketiga (Perkara 32 dan 33), Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Bahagian 1

1 (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-

(a) Raja itu belum dewasa: atau

(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau

(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Berdasarkan penerangan tersebut jelas tidak dinyatakan bahawa seseorang Sultan itu perlu mempunyai permaisuri untuk membolehkan baginda di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Semoga segala kekeliruan dan perbincangan rakyat Malaysia selama ini terjawab.

Kami dari kamithemedia.info mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja tempoh hari bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Semoga Malaysia terus makmur dibawah pemerintahan Tuanku.

Allahuakbar!!!

Sumber:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/Jadual%20Ketiga-Ma.htm
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/objektif/45#section=p3

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia?, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia? Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia? Reviewed by Sheriff Dol on October 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.